Saturday, 26 May 2012

renovate hati yang hancur


hati ini tertarik saat pertama kali melihat kau..
tapi rasanya sikit pun kau tidak pernah menoleh ke arahku..
kau hanya melihat pada dia yang menarik perhatian.
dia yang pandai mengambil hati.
dia yang pandai bermadah kata.
dia yang ada di dalam hati kau..

dari renungan matamu....
aku tahu..hanya dia yang kau lihat...
sedikit pun kau tidak pernah mau untuk melihat diri ini.
kecewa yang aku rasa tidak terluah.
aku cuba pendam perasaan yang semakin hari memakan diri sendiri.
perasaan yang semakin hari semakin mendalam terhadapmu.

manakan tidak. dia yang kau puja adalah dia yang berada di dekatku.
dia yang sangat rapat denganku..
tapi kau hanya melihat dia.
kau hanya inginkan dia.
yang kau tahu hanya hati kau yang terluka saat mengetahui dia sudah berpunya.

tapi kau tidak pernah ingin mengambil tahu tentang hati ini.
hati ini yang menangis dalam diam..
hati ini yang kau carik-carik saat kau bermesra dengan si dia.
hati ini yang terguris luka saat mata yang tidak pernah lari dari si dia.

mungkin memang nasib hati ini...
mencintai kau yang tidak pernah sedar akan diri ini.
menyayangi kau yang tidak pernah tahu isi hati ini..
aku hanya mampu berdoa...
Ya Allah, jika dia yang terbaik buatku...
berikan petunjuk yang benar buatku ya Allah..
jika dia bukan untukku, maka Engkau hilangkanlah perasaan cinta ini terhadapnya..
ya Allah, jika aku mencintai seorang lelaki..
janganlah Engkau biarkan aku mencintainya
melebihi aku mencintaiMu ya Allah..

Astaghfirullahalazim..
pantaskah hati ini merasa sedih..
sedangkan kau dan aku tidak mempunyai sebarang ikatan..
pantaskah diri ini kecewa..
sedangkan aku tahu kau bukan untukku..

apa yang harus aku lakukan?
bagaimana harus aku lupakan kau?
jika bayang kau jua yang muncul setiap hari.
kau juga yang tercongok di depan mata tiap hari..

tapi bagaimana pula dengan hati ini?
adakah hati ini masih sanggup melihat kemesraan yang tercetus
di antara kalian?
adakah hati ini masih tega melihat senyuman yang terukir di bibirmu hanya kerna dia?

Ya Allah..
tabahkan hati ini.
kuatkan iman ini.
janganlah Engkau biarkan aku hanyut bersama perasaan ini.
yakinkan hati ini bahawa jodoh pertemuan itu di tanganMu.








p/s: en3 nie kali teda kaitan sama sepa2.. cuma tertarik untuk tulis macam nie..tiba2 muncul di kepala otak. bhhahahahha. layang otak siting ni kejap




0 comments:

Post a Comment