Sunday, 7 October 2012

wahai hati



wahai hati,
tolong!
jgn kau sakiti perasaan ini,
kerna sungguh.. aku tak sanggup,
tak sanggup menerima hakikatnya,
tak sanggup mengetahui kebenarannya,
tak sanggup merana lagi,
entah untuk keberapa kalinya,
terhadap insan yang sama,
yg bernama lelaki.

hati yg rapuh,
jgn sesekali kau tewas,
dengan perasaan yang melambung hati ini bagai ombak,
terdampar layu di hamparan kasih,
kekecewaan yang menghiris kalbu,
merobek jiwa ini hingga musnah,
menjadikan ia keping-keping yang berterbangan,
ditiup angin dilambai rindu..



wahai hati,
tolonglah diri ini,
yang tak mampu menahan perasaan ini,
dari terus tersakiti,
terus bersedih,
terus meronta dalam senyuman,
terus tersiksa dalam ketawa,
terus-terusan seperti ini..
dan terus begini.

HATI.....
tolong jangan terpegun dengan dia,
tolong jangan terpedaya dengan panahan matanya,
tolong jangan dera perasaan ini wahai hati...

hatiku yg parah..
jangan lagi kau biarkan perasaan cemburu itu merasuk jiwa,
jangan lagi kau biarkan perasaan kasih,
sayang, cinta dan rindu itu menular dalam setiap detik nadiku..

TOLONGLAH wahai hati!!
aku tak sanggup lagi..
keluarkan aku dari perasaan yang menyiksa jiwa ini,
merasuk minda ini dengan memikirkn tentang dia..
dia, dia...
dan hanya DIA! :'(



p/s: i wrote this puisi from the bottom of my heart.. muahahhaha. enjoy reading fellas..hope u like it la.ngehehhehe :)






2 comments:

  1. kalo sy ada bakat menulis mcm ko nih msti A++ sdh BM sy.. haha

    ReplyDelete
  2. sot.ini bkn bakat. tp idea bernas. haha

    ReplyDelete